Thursday, August 28, 2025

Kepentingan Kapilari dalam Rawatan & Bekam

 May be an image of text that says "BLOOD VESSEL from heart Artery to heart heart tocells to cells fromcells from cells I 11۱ Capillaries Vein Vein Arteriole 念 Venule"

Kapilari darah atau rerambut ialah saluran darah yang paling kecil dan tipis dalam badan, hanya boleh dilihat di bawah mikroskop. Ia berfungsi sebagai penghubung antara arteri dan vena, membolehkan pertukaran oksigen, nutrisi, dan sisa antara darah dan sel-sel tisu badan yang berhampiran.
 
🩸 Apa Itu Kapilari?
 
👉Kapilari = salur darah halus paling kecik dalam sistem peredaran.
👉Diameter dia cuma 5–10 mikrometer (halus gila, halus dari sehelai rambut).
👉Fungsi utama: tempat pertukaran antara darah dengan sel tubuh (oksigen, karbon dioksida, nutrien, hormon, sisa metabolik).
  
Fungsi Utama Kapilari Darah
 
Pertukaran Bahan: Dinding kapilari yang sangat nipis membolehkan bahan seperti oksigen dan nutrisi daripada darah bergerak ke sel-sel badan, manakala karbon dioksida dan sisa metabolik daripada sel bergerak ke dalam darah.
 
🌐 Lokasi & Jaringan
 
👉Kapilari wujud di semua tisu badan kecuali beberapa tempat (contoh: kornea mata, rawan, kulit luar).
👉Ia menghubungkan arteriol → kapilari → venul.
 
🩸 Arteri vs Arteriol
-Arteri = salur darah besar yang bawa darah keluar dari jantung. Contoh: aorta, arteri karotid.
-Arteriol = “anak” kepada arteri, salur darah lebih kecil, sebelum masuk ke kapilari.
🔗 Arteriol ni lah yang kawal aliran darah & tekanan ke kapilari (ada otot licin untuk mengecil/mengembang).
 
🩸 Vena vs Venul
-Vena = salur darah besar yang bawa darah balik ke jantung. Contoh: vena kava, vena pulmonari.
-Venul = salur darah kecik yang kumpul darah dari kapilari sebelum masuk ke vena besar.
👉Jadi kapilari ni umpama “pasar malam” sistem darah → tempat semua barang dihantar & dibeli oleh sel.
 
---------------------------------------------
 
🩸 Kepentingan Kapilari dalam Tubuh
 
1- Tempat Pertukaran (Exchange Site)
- Kapilari = salur darah paling halus, dindingnya hanya 1 sel tebal.
- Di sinilah berlaku pertukaran oksigen, nutrien, hormon → masuk ke sel.
- Karbon dioksida, sisa metabolik, toksin → keluar balik ke darah.
 
2- Jaringan Luas (Capillary Bed)
- Walaupun halus, jumlah kapilari dalam badan sangat banyak (lebih 10 bilion).
- Ini bagi cover semua tisu supaya setiap sel dapat supply.
 
3- Kawalan Tekanan & Suhu
- Kapilari boleh kembang/kuncup → kawal tekanan darah mikro & suhu kulit.
 
🩺 Peranan Kapilari dalam Konteks Bekam
 
1- Bekam & Mikroperedarannya
👉 Bila bekam dibuat (terutamanya bekam darah), suction (sedutan) pada kulit → tarik darah dari kapilari & venul halus di bawah permukaan. 
👉Darah yang keluar selalunya darah statis (stagnant blood) atau penuh sisa metabolik.
 
2- Pembuangan Sisa & Toksin
👉Proses bekam bantu clear blockage mikro dalam kapilari.
👉Secara teori, bila “capillary bed” jadi lebih lancar, sel dapat oksigen/nutrien dengan lebih baik → tisu sembuh cepat.
 
3- Merangsang Kapilari Baru (Angiogenesis)
👉Bila kapilari lama tersumbat atau kurang aktif, rangsangan bekam (mekanikal + tekanan negatif) boleh trigger pembentukan salur darah kecil baru.
👉Ini bantu regenerate tisu, terutamanya kawasan sakit lama.
 
4- Kesan Lokal + Sistemik
👉 Bekam bukan sekadar keluarkan darah; ia juga “reset” circulation di kawasan target → memberi signal ke sistem saraf & hormon untuk pemulihan lebih menyeluruh.
 
------------------------------------------------------
 
🌙✨ MASSBIKAM – BEKAM SPEKTAKULAR ✨🌙
 
🩸 Tahukah anda?
 
Kesihatan tubuh kita banyak bergantung pada kapilari – salur darah halus yang jadi laluan oksigen & nutrien untuk sel.
Bila kapilari tersumbat → badan jadi lesu, sakit sendi, cepat penat.
🔥 Di sinilah Bekam Spektakular berfungsi:
✔️ Bantu lancarkan peredaran darah kapilari
✔️ Buang sisa toksin & darah statis
✔️ Legakan sakit & stress badan
✔️ Pulihkan semula tenaga dalaman
💡 Rasai sendiri kesannya — simple rawatan, hasilnya spektakular!
📞 Tempah slot anda sekarang:
🚐 Bekam&Massage bergerak kawasan Bachok & Kota Bharu

No comments:

Post a Comment

Featured Post

CEREBELLUM: Otak Kecil Yang Menentukan Keseimbangan, Fokus & Kualiti Hidup

  Anatomi Otak Manusia Ramai orang mengenali otak sebagai pusat kawalan tubuh manusia. Namun apabila bercakap tentang otak, kebanyakan hanya...